BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA EMAS
Posted by kruktc on September 11, 2008
7 SEPTEMBER 2008 – Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) telah mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan (RSK) di Larkin bertujuan untuk beramah mesra bersama warga emas serta berbuka puasa bersama-sama mereka. Di samping itu, kami telah memasak bubur lambok untuk dijamu oleh semua warga Rumah Sri Kenangan.
Seketika Sebelum Bertolak Ke Rumah Sri Kenangan…

Wakil Siswa Yang Menyertai Program Ini.

Wakil Siswi Yang Menyertai Program Ini…
Pengenalan Rumah Sri Kenangan
Kami selamat tiba di Rumah Sri Kenangan dalam pukul 3 petang. Setibanya di sana, kami disambut oleh seorang pegawai RSK. Kami diberikan penerangan oleh pegawai tersebut mengenai RSK; sejarah, tujuan, perkhidmatan, dan pelbagai lagi informasi yang dapat membantu kami mengenali RSK.
Pasukan Memasak Bubur Lambok

Sebagai salah satu hadiah kepada warga RSK, kami memasak bubur lambok sebagai salah satu juadah berbuka puasa pada malam tersebut. Alhamdulillah, walaupun kami sampai agak lewat, bubur lambok tersebut sempat dimasak sebelum masuk waktu berbuka.
Beramah Mesra Bersama Warga Emas
Selesai solat asar di dewan RSK, ahli KRU yang tidak terlibat dengan pasukan memasak bubur lambok pergi melawat serta beramah mesra bersama warga emas yang ditempatkan di sana. Pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh warga emas itu. Alhamdulillah, kebanyakan warga emas yang sempat kami jumpa berada dalam keadaan sihat. Kebanyakan daripada mereka turut gembira menerima kehadiran ‘cucu-cucu’ dari UTM.

Sesi Berbuka Puasa
Selepas beramah mesra, kami membantu staf RSK menyediakan juadah berbuka untuk warga RSK. Kami juga turut berbuka puasa bersama-sama mereka.

Akhir Program
Alhamdulillah, setelah berbuka, solat maghrib, solat isya’, solat terawih dan juga witir, akhirnya sampai juga ke penghujung program tanpa banyak masalah yang dihadapi.

Sebelum bertolak pulang, pengerusi JKMKTC, saudara Farizi diiringi oleh pengarah KRU, saudara Izmar menyampaikan hadiah kepada pegawai RSK.

Alhamdulillah, program kali ini banyak memberikan banyak pengajaran terutamanya dalam menjaga hubungan antara anak dan ibu bapa. Moga-moga Allah memberkati dan meredhai mereka yang berada di RSK.

Dalam kepenatan berprogram, pengarah KRU, Izmar Hafizi menenangkan diri di dalam bas dengan membaca Al-Quran…






ex-pengarah said
Tahniah KRU sbb dpt adekan prog ini..rugi rasenye ana xjoin.huhu…pape pn truskan usaha murni sprti ini lg.
p/s: moga2 dpt mngingatkan kite utk mghargai org tua kite
sunah mohammad said
salam…seronoknye bile mengimbas kembali setiap detik yang berlalu di RSK..semoga pertemuan dengan warga emas di RSK menerbitkan bibit kasih dan rindu di hati disamping menggamit keinsafan pada setiap jiwa yang mengerti..
taib said
syabas, inilah golongan mahasiswa yang masyarakat mahukan.
muhammadridwanto said
syabas,
KRU memang hebat..
Seronok bersama KRU
nur said
salam ukhuwah dari KRU Tuaran,kota kinabalu Sabah..(^_^)…wah…ciap bergambar ngan warga emas lagi tue…mesranya…