Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for July 31st, 2008

“Begitulah agama kami”

Posted by kruktc on July 31, 2008

Semasa berada dalam khemahnya, Sultan Salahuddin Al-Ayubi terdengar suara wanita tua yang sedang menangis lalu memerintahkan agar wanita itu dibawa mengadapnya.
“Kenapakah ibu menangis? Apakah musibah yang menimp diri ibu?” tanya beliau.
“Wahai sultan, hidupku kini sebatang kara, sedangkan aku sudah tua. Anak lelakiku telah hilang dalam peperangan dengan tenteramu. Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup atau telah mati. Sementara suamiku pula telah menjadi tawanan tuan, padahal dialah yang menyara nafkah hidupku,” kata nenek itu.
Sultan Salahuddin memerintahkan supaya dibebaskan suami wanita tersebut dan dicari anaknya. Rupa-rupanya anak lelakinya masih hidup lalu dibawa kedu-duanya menemui wanita itu.
Kerana terlalu gembira dan terharu, wanita tua itu mengucapkan terima kasih atas kemuliaan budi Sultan Salahuddin.
“Wahai ibu, begitulah ajaran agama kami,” jawab Sultan Salahuddin.
Ibu itu bertanya, “Ceritakanlah kepada kami apa itu Islam?”
Setelah diceritakan tentang agama Islam, akhirnya kedua-dua suami isteri itu mengucapkan syahadah.

(Petikan dari Majalah Anis)

****************************************************************************
Jika anda mendapat pertanyaan seperti yang diajukan kepada Sultan Salahuddin. Apakah yang akan anda ceritakan kepada mereka untuk membuatkan mereka tertarik dengan Islam?

Posted in Dari Junainah | 1 Comment »