Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for August, 2008

SALAM RAMADHAN 1429

Posted by kruktc on August 30, 2008

KELAB REMAJA UKHUWAH mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan.
semoga dibulan yang mulia ini kite dapat perbanyakkan amalan untuk bekalan di akhirat nanti.

“kosongkan maksiat, maksimumkan ibadah”

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Tribute Buat Diriku yang Terlalu EGO dan Angkuh

Posted by kruktc on August 22, 2008

Assalamualaikum Wahai Diri;

Sifat takbur sinonim kepada sifat-sifat seperti sombong, angkuh, bermegah-megah, ego dan menganggap orang lain atau puak lain lebih rendah daripada dirinya atau puak/golongannya.

Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji (mazmumah) dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23:

Maksudnya:”Sebenarn ya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu”.

Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:”Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya” . Read the rest of this entry »

Posted in Muhasabah | Tagged: , , | 1 Comment »

MOTIVASI DIRI : PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN

Posted by kruktc on August 13, 2008

Kisah Seekor Kupu-kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Posted in Dari Junainah | Leave a Comment »

Perginya seorang Mujahidah

Posted by kruktc on August 13, 2008

Arwah Nohannan Bte Mohamed
Petang semalam telah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan seorang muslimat, Norhanan bte Mohamad, tahun 2 ijazah sarjana muda Pengajian Islam meninggal dunia dan seorang lagi rakannya,Nurhamizah, tahun 2 ijazah sarjana muda Pengajian Islam, cedera parah dan kini sedang terlantar di hospital Sultanah Aminah Johor Bharu. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4 petang semalam yang melibatkan pertembungan antara sebiji motor dan kereta. Arwah Norhanan merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan dakwah kepada Non Muslim di bawah Jawatankuasa Kelab Saudara Kita (JKSK UTM).
Kejadian kemalangan telah kerap kali berlaku di tempat yang sama dengan tempat kejadian semalam. Sebelum ini, Mantan Presiden PMIUTM 2005, Saudara Muhajirih juga pernah mengalami kemalangan di tempat sama yang mana memaksa beliau untuk menggunakan kerusi Roda semasa penganugerahan ijazah pada tahun lepas.
Diambil daripada:

Posted in Berita Kampus | Tagged: | Leave a Comment »

Pentadbir ‘lebih senduk daripada kuah’

Posted by kruktc on August 12, 2008

Jimadie Shah Othman | Aug 11, 08 2:31pm

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dicadangkan
kerajaan untuk dibentangkan sesi Dewan Rakyat akan datang tidak akan
membantu meluaskan ruang kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar,
kata seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Masalah di universiti ini, penguasaan golongan pentadbir yang lebih
senduk daripada kuah,” kata pensyarah kanan di jabatan sains politik
UKM Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

“AUKU tidak apa. (Persoalanya) pegawai yang cenderung kepada parti
(kerajaan) berubah atau tidak?”

Beliau menambah, kebebasan di universiti tidak bergantung kepada
pindaan AUKU, sebaliknya “sebahagian pentadbir yang prokerajaan
mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar dan pensyarah”.

Dr Ahmad Nidzamuddin berkata, jika pentadbir universiti tidak bersikap
memihak, kebebasan di universiti akan lebih baik.

Pindaan AUKU, tambahnya, jika ingin benar-benar berkesan harus menilai
cara penguasaan golongan ini di universiti.

Pelajar dan pensyarah yang menganjurkan aktiviti melibatkan
pembangkang akan “dipanggil menghadap” dan diberikan amaran, jelasnya.

Bagaimanapun, menurut pensyarah politik itu lagi, dalam pertemuan
pentadbir dengan kakitangan akademik itu, tidak ada apa-apa tindakan
diambil.

“Cuma, kalau banyak kali panggil, tidak berani buat lagi,” katanya.

Bagi pelajar pula, kata Dr Ahmad Nidzamuddin, permohonan menyambung
tinggal di asrama tidak diberikan.

http://www.malaysia kini.com/ news/87577

Posted in Dari Akhi Syahid | Leave a Comment »