Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for December, 2008

1 Januari 2009

Posted by kruktc on December 30, 2008

Salam perubahan. Mengenangkan tarikh keramat buat sesetengah pihak yang bakal menjelang ini, hati ana tertarik untuk menulis. Beberapa hari yang lepas, 29 Disember 2008, umat Islam di Malaysia menyambut 1 Muharram 1430H, bermulanya tahun baru dalam kalendar hijrah. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk mengecap nikmatNYA hingga ke saat ini. Namun, ana agak sedih kerana sambutan tahun baru Hijrah tidaklah semeriah sambutan tahun baru Masihi. Saban tahun kita perhatikan anak-anak muda berhimpun di tempat-tempat tertentu untuk bersama-sama menghitung ‘countdown’ tetapi beberapa kerat sahaja yang berkumpul di masjid untuk bersama-sama mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun serta mendengar ceramah tentang Ma’al Hijrah selepas solat maghrib berjemaah.
Malam tahun baru Masihi dijadikan sebagai satu medium untuk berpesta tanpa mengenal had. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sudah menjadi kebiasaan di kalangan anak muda di tapak pesta ambang 1 Januari ini. Malah, cukup mengecewakan apabila yang majoriti berkumpul itu adalah tenaga-tenaga mahir harapan negara. Bagaikan satu kerugian agaknya jika tidak meraikannya bersama kekasih hati. Bukan sahaja dari berpelukan dan bergandingan tangan dengan kekasih hati, malah melihat pelbagai kemungkaran lain lagi yang berada di sekeliling tapak pesta itu pun sudah cukup mengundang maksiat. Ke mana agaknya sensitiviti masyarakat kita apabila berlaku perkara-perkara seperti ini? Lelaki dan wanita Muslim yang berpegangan tangan adalah perkara biasa. Wanita Muslim yang tidak bertudung itu bukankah perkara biasa? Seorang gadis bukan Muslim yang berskirt pendek itu adalah perkara biasa. Semuanya biasa-siasa. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. – [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Walaupun dengan sedikit perasaan kurang senang apabila melihat kemungkaran di depan mata, itu sudah cukup untuk seorang Muslim biarpun selemah-lemah iman. Andai kata tiada perasaan lansung apabila kita melihat kemaksiatan itu, maka iman kita pada ketika itu tiada. Bayangkan betapa hinanya diri kita sebagai seorang Muslim yang tidak beriman. Astaghfirullah, nauzubillahi min zalik. Namun, tidak ramai yang sedar akan hakikat ini, yang mereka fikirkan hanyalah orang-orang kolot yang begitu sibuk menjaga tepi kain orang. Tiada lansung rasa benci melihat maksiat, tetapi bencinya kepada orang-orang yang menghalang kemaksiatan itu berlaku. Semoga kita dijauhkan daripada laknat ALLAH. Mungkin Awal Muharram telah berlalu, tetapi ALLAH belum menutup lagi pintu taubatNYA.


P/S: Ada tak insan-insan yang akan turun ke Danga Bay 31 Disember 2008 ini untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar? Mahasiswa pencetus perubahan.

SITI HASUNAH MOHAMMAD

3 SET

JABATAN PENERBITAN DAN INTERAKTIF

KELAB REMAJA UKHUW

http://sunahmohammad.blogspot.com/

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Posted by kruktc on December 27, 2008

ul-haq 

“mati hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah”
~Aqidah salafiah, fikrah jihadiyah~
Sent: Tuesday, December 23, 2008 9:59:08 AM
Subject: Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru  kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan ,  Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petition online.com/ pmbajns/petition .html

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

MAAL HIJRAH 1430

Posted by kruktc on December 27, 2008

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »