Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

1 Januari 2009

Posted by kruktc on December 30, 2008

Salam perubahan. Mengenangkan tarikh keramat buat sesetengah pihak yang bakal menjelang ini, hati ana tertarik untuk menulis. Beberapa hari yang lepas, 29 Disember 2008, umat Islam di Malaysia menyambut 1 Muharram 1430H, bermulanya tahun baru dalam kalendar hijrah. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk mengecap nikmatNYA hingga ke saat ini. Namun, ana agak sedih kerana sambutan tahun baru Hijrah tidaklah semeriah sambutan tahun baru Masihi. Saban tahun kita perhatikan anak-anak muda berhimpun di tempat-tempat tertentu untuk bersama-sama menghitung ‘countdown’ tetapi beberapa kerat sahaja yang berkumpul di masjid untuk bersama-sama mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun serta mendengar ceramah tentang Ma’al Hijrah selepas solat maghrib berjemaah.
Malam tahun baru Masihi dijadikan sebagai satu medium untuk berpesta tanpa mengenal had. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sudah menjadi kebiasaan di kalangan anak muda di tapak pesta ambang 1 Januari ini. Malah, cukup mengecewakan apabila yang majoriti berkumpul itu adalah tenaga-tenaga mahir harapan negara. Bagaikan satu kerugian agaknya jika tidak meraikannya bersama kekasih hati. Bukan sahaja dari berpelukan dan bergandingan tangan dengan kekasih hati, malah melihat pelbagai kemungkaran lain lagi yang berada di sekeliling tapak pesta itu pun sudah cukup mengundang maksiat. Ke mana agaknya sensitiviti masyarakat kita apabila berlaku perkara-perkara seperti ini? Lelaki dan wanita Muslim yang berpegangan tangan adalah perkara biasa. Wanita Muslim yang tidak bertudung itu bukankah perkara biasa? Seorang gadis bukan Muslim yang berskirt pendek itu adalah perkara biasa. Semuanya biasa-siasa. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. – [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Walaupun dengan sedikit perasaan kurang senang apabila melihat kemungkaran di depan mata, itu sudah cukup untuk seorang Muslim biarpun selemah-lemah iman. Andai kata tiada perasaan lansung apabila kita melihat kemaksiatan itu, maka iman kita pada ketika itu tiada. Bayangkan betapa hinanya diri kita sebagai seorang Muslim yang tidak beriman. Astaghfirullah, nauzubillahi min zalik. Namun, tidak ramai yang sedar akan hakikat ini, yang mereka fikirkan hanyalah orang-orang kolot yang begitu sibuk menjaga tepi kain orang. Tiada lansung rasa benci melihat maksiat, tetapi bencinya kepada orang-orang yang menghalang kemaksiatan itu berlaku. Semoga kita dijauhkan daripada laknat ALLAH. Mungkin Awal Muharram telah berlalu, tetapi ALLAH belum menutup lagi pintu taubatNYA.


P/S: Ada tak insan-insan yang akan turun ke Danga Bay 31 Disember 2008 ini untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar? Mahasiswa pencetus perubahan.

SITI HASUNAH MOHAMMAD

3 SET

JABATAN PENERBITAN DAN INTERAKTIF

KELAB REMAJA UKHUW

http://sunahmohammad.blogspot.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: