Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for the ‘Cerpen’ Category

Cerpen Menarik Berjiwa Islam

Posted by kruktc on July 5, 2008

Saya terbaca cerpen ini yang tidak diketahui penulisnya tetapi sangat menarik.

Dunia Islam Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. “Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. “Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang.Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka… Read the rest of this entry »

Posted in Cerpen | 4 Comments »