Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for the ‘Dari Akhi Syahid’ Category

Pentadbir ‘lebih senduk daripada kuah’

Posted by kruktc on August 12, 2008

Jimadie Shah Othman | Aug 11, 08 2:31pm

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dicadangkan
kerajaan untuk dibentangkan sesi Dewan Rakyat akan datang tidak akan
membantu meluaskan ruang kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar,
kata seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Masalah di universiti ini, penguasaan golongan pentadbir yang lebih
senduk daripada kuah,” kata pensyarah kanan di jabatan sains politik
UKM Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

“AUKU tidak apa. (Persoalanya) pegawai yang cenderung kepada parti
(kerajaan) berubah atau tidak?”

Beliau menambah, kebebasan di universiti tidak bergantung kepada
pindaan AUKU, sebaliknya “sebahagian pentadbir yang prokerajaan
mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar dan pensyarah”.

Dr Ahmad Nidzamuddin berkata, jika pentadbir universiti tidak bersikap
memihak, kebebasan di universiti akan lebih baik.

Pindaan AUKU, tambahnya, jika ingin benar-benar berkesan harus menilai
cara penguasaan golongan ini di universiti.

Pelajar dan pensyarah yang menganjurkan aktiviti melibatkan
pembangkang akan “dipanggil menghadap” dan diberikan amaran, jelasnya.

Bagaimanapun, menurut pensyarah politik itu lagi, dalam pertemuan
pentadbir dengan kakitangan akademik itu, tidak ada apa-apa tindakan
diambil.

“Cuma, kalau banyak kali panggil, tidak berani buat lagi,” katanya.

Bagi pelajar pula, kata Dr Ahmad Nidzamuddin, permohonan menyambung
tinggal di asrama tidak diberikan.

http://www.malaysia kini.com/ news/87577

Posted in Dari Akhi Syahid | Leave a Comment »