Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for the ‘Dari Ukhti Farahdilah’ Category

RENUNG DAN FIKIRKAN..

Posted by kruktc on September 8, 2008

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu
beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali= ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu
. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ‘ .

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali
adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A ‘ raf: 179). Maka kita harus hati-hati
dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. ‘

IMAM GHAZALI ‘ Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Kapas ‘
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT
. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA
. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

‘ sampaikanlah walau satu ayat ‘ ..

Advertisements

Posted in Dari Ukhti Farahdilah | Tagged: | Leave a Comment »

Tuntutan Berbuat Baik & Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Posted by kruktc on July 8, 2008

Tuntutan Berbuat Baik & Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
(Riwayat Muslim)

Seorang lelaki bertanya:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat,
yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku
berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku.
Aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap
sikapku itu adalah bodoh.”

Kemudian baginda menjawab:
“Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-
olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau
sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau
berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Huraian:

Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan
sama ada ketika senang atau pun susah, kerana ia merupakan pengukur
darjat keimanan seseorang. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada
orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.

Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang
sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka. Mudah-mudahan
dengan itu, hati mereka menjadi lembut dan baik.

Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram
memutuskannya.

P/S: TERUSKAN PERJUANGAN DI MANA SAJA ANDA BERADA..(“,)

Daripada:

Ukhti Farahdilah

Posted in Dari Ukhti Farahdilah | Leave a Comment »