Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

MAAL HIJRAH 1430

Posted by kruktc on December 27, 2008

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430

Advertisements

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Posted by kruktc on September 24, 2008

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

happiness is the ultimate risk #1

Posted by kruktc on September 19, 2008

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : “Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?.”

Penjual : “Boleh.. mahu berapa kilo?”

Anak : “2 kilo pakcik”

Penjual : “Nah ambik ni.. balik tu jalan elok-elok tau..”

Anak : “Eh… pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa pula dia…”

Rumah besar

Sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah yang
lebih besar. Beberapa hari kemudian salah seorang
anaknya bertemu dengan kawannya dari kampung lamanya.

“Bagaimana rumah baru engkau? Besar dan selesa?” tanya rakannya.

“Ya, mestilah… kami adik-beradik dan orang gaji pun ada bilik masing-masing… cuma
kasihan kat mak saya… dia tetap kena berkongsi bilik dengan
ayah.” jawab si anak

Rp 1000
Seorang calon mertua menginterview calon menantunya.

“Kalau engkau saya beri uang Rp 1000 rupiah barang apa yang akan engkau belikan yang paling bermanfaat? Tanya calon mertua.
Maklumlah ia khawatir jika anak gadisnya bakalan tidak makan jika sudah menikah nanti.

“Saya akan belikan barang yang paling banyak manfaatnya, bisa dimakan dan diminum tahan bertahun tahun dan bisa menghasilkan uang” Jawab calon menantu.

“Apa yang akan engkau belikan? Tanya balik calon mertua.

“Saya akan belikan sebutir kelapa. Sabutnya bisa digunakan untuk banyak hal, airnya bisa diminum. Isinya bisa dibuat kue kue untuk memasak dan lain sebagainya sedangkan tempurungnyapun bisa bermanfaat banyak” Balas calon menantu.

“Bagaimana pula ia bisa menghasilkan uang? Tanya calon mertua.

” Itulah yang akan saya katakan ini bahwa tempurung kelapa itulah yang paling besar manfaatnya, ianya akan saya gunakan untuk meminta sedekah bersama anakmu.

budak sekolah


Pada suatu hari,di dalam kelas Tahun 1 Mawar

Cikgu : Siapa tahu binatang apa suka makan ikan?

Murid : Kucing cikgu.

Cikgu : Bagus.Kucing ada berapa biji mata?

Murid : Dua,cikgu.

Cikgu : Kucing ada misai ke tak?

Murid : Ada cikgu.

Cikgu : Kucing ada berapa kaki?

Murid : Boleh saya tanya cikgu sesuatu tak?

Cikgu : Apa dia?

Murid : Cikgu tak pernah tengok kucing ke?

Cikgu : ??????

budak tadika

uatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;

Cikgu : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?

Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!

Cikgu : Bagus Fairuz… Amy, buat bunyi kucing pula..

Amy : Meowwww

Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?

Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! seorang saja…? Abang temankan ya…

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???

Udin : Buaya darat cikgu!!

Posted in Dari Nuzrul | Leave a Comment »

ANTARA DUA TETAMU

Posted by kruktc on September 12, 2008

“Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah. Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi berjalan di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu? Tentu yang di hadapan. Bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak indah dengan yang di hadapan…

Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia… cepat-cepatlah pergi!

Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau do dol . Saf-saf sembahyang terawih kian susut. La ila tul Qadar dah dimeriahkan dengan pelita api, bukan pelita hati. Roh Ramadhan d ila yukan dengan semangat raya.

Orang-orang soleh dahulu s ayu apab ila Ramadhan berlalu. Hati mereka merintih, baga ima na dengan puasa yang telah dipersembahkan kepada Allah? Puasa sekadar lapar dahaga? Sedangkan hati, akal, nafsu masih bermaharajalela? Mereka mula bimbang, kerana sebaik Syawal menjelang, musuh ketat yang dirantai dibebaskan semula. Syaitan mula beroperasi semula. Kalau semasa Ramadhan, mela wan nafsupun tewas, apalagi b ila nafsu dan syaitan bekerjasama. Lalu mereka pun berdukacita.

Namun b ila takbir raya bergema, mereka menangis hiba. Syukur berpadu s ayu . Syukur, kerana Allah masih izinkan mereka menyambut hari kemenangan walaupun merasa gagal berpuasa dalam ertikata yang sebenarnya. Ya, mereka malu kepada Allah kerana mener ima kurnia yang tidak layak mereka ter ima . Mereka terasa bagaikan anak nakal yang diberi hadiah oleh ibu bapanya.

Itu orang-orang soleh. Kita baga ima na? Sudah tahu gagal berpuasapun tetapi beraya macam menang. Sebab itu b ila merayakan Hari Raya makin jelas ‘ kekalahan-kekalahan ‘ kita. Orang bersyukur dengan sembahyang, kita menyanyi. Pendedahan aurat, pergaulan bebas dan macam-macam kemungkaran berlaku atas nama Hari Raya. Nikmat Allah kita kufuri. Lalu Hari Raya, menjadi hari melahirkan ‘kekufuran’ (kederhakaan) . Hakikatnya, arus nafsu hanya diempang sepanjang Ramadhan, untuk dialir selaju-lajunya di Hari Raya.

Aduh! Kalau begini, selamatkah kita di Hari Raya? Ya, ‘hari’ raya dah tentu selamat tetapi ‘orang’ raya belum tentu selamat. Bukan saja selamat tak accident dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung dunia tetapi selamatkah kita di kampung Akhirat? Justeru selamatnya kita di sana , ada kaitannya dengan cara kita berpuasa dan menyambut Hari Raya di sini. Di sanalah (Akhirat) hakikat Hari Raya yang sebenarnya.

Aieshah binti Mohamad Zubit
Pegawai Teknologi Maklumat
Unit C-Hets & Integrasi
Pusat Teknologi Maklumat

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA EMAS

Posted by kruktc on September 11, 2008

7 SEPTEMBER 2008 – Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) telah mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan (RSK) di Larkin bertujuan untuk beramah mesra bersama warga emas serta berbuka puasa bersama-sama mereka. Di samping itu, kami telah memasak bubur lambok untuk dijamu oleh semua warga Rumah Sri Kenangan.

Seketika Sebelum Bertolak Ke Rumah Sri Kenangan…
Photobucket Image Hosting
Wakil Siswa Yang Menyertai Program Ini.
Photobucket Image Hosting
Wakil Siswi Yang Menyertai Program Ini…

Read the rest of this entry »

Posted in Program KRU | 5 Comments »

RENUNG DAN FIKIRKAN..

Posted by kruktc on September 8, 2008

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu
beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali= ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu
. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ‘ .

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali
adalah HAWA NAFSU
(Surah Al A ‘ raf: 179). Maka kita harus hati-hati
dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. ‘

IMAM GHAZALI ‘ Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Kapas ‘
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT
. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA
. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘

‘ sampaikanlah walau satu ayat ‘ ..

Posted in Dari Ukhti Farahdilah | Tagged: | Leave a Comment »

SALAM RAMADHAN 1429

Posted by kruktc on August 30, 2008

KELAB REMAJA UKHUWAH mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan.
semoga dibulan yang mulia ini kite dapat perbanyakkan amalan untuk bekalan di akhirat nanti.

“kosongkan maksiat, maksimumkan ibadah”

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Tribute Buat Diriku yang Terlalu EGO dan Angkuh

Posted by kruktc on August 22, 2008

Assalamualaikum Wahai Diri;

Sifat takbur sinonim kepada sifat-sifat seperti sombong, angkuh, bermegah-megah, ego dan menganggap orang lain atau puak lain lebih rendah daripada dirinya atau puak/golongannya.

Sifat ini tergolong dalam kumpulan sifat-sifat keji (mazmumah) dan tidak disukai sama sekali oleh Allah S.W.T, sebagaimana peringatan Allah di dalam surah An-Nahl ayat 23:

Maksudnya:”Sebenarn ya, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur itu”.

Rasulullah S.A.W. pernah berkata kepada Abu Zar r.a.:”Wahai Abu Zar! Barangsiapa yang mati manakala di dalam hatinya ada sebesar debu daripada sifat-sifat takbur, maka dia tidak akan mencium bau syurga kecuali dia sempat bertaubat sebelum maut menjemputnya” . Read the rest of this entry »

Posted in Muhasabah | Tagged: , , | 1 Comment »

MOTIVASI DIRI : PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN

Posted by kruktc on August 13, 2008

Kisah Seekor Kupu-kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Posted in Dari Junainah | Leave a Comment »

Perginya seorang Mujahidah

Posted by kruktc on August 13, 2008

Arwah Nohannan Bte Mohamed
Petang semalam telah berlaku satu kemalangan yang menyebabkan seorang muslimat, Norhanan bte Mohamad, tahun 2 ijazah sarjana muda Pengajian Islam meninggal dunia dan seorang lagi rakannya,Nurhamizah, tahun 2 ijazah sarjana muda Pengajian Islam, cedera parah dan kini sedang terlantar di hospital Sultanah Aminah Johor Bharu. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4 petang semalam yang melibatkan pertembungan antara sebiji motor dan kereta. Arwah Norhanan merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan dakwah kepada Non Muslim di bawah Jawatankuasa Kelab Saudara Kita (JKSK UTM).
Kejadian kemalangan telah kerap kali berlaku di tempat yang sama dengan tempat kejadian semalam. Sebelum ini, Mantan Presiden PMIUTM 2005, Saudara Muhajirih juga pernah mengalami kemalangan di tempat sama yang mana memaksa beliau untuk menggunakan kerusi Roda semasa penganugerahan ijazah pada tahun lepas.
Diambil daripada:

Posted in Berita Kampus | Tagged: | Leave a Comment »