Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Archive for the ‘Dari Junainah’ Category

MOTIVASI DIRI : PERJUANGAN UNTUK KEJAYAAN

Posted by kruktc on August 13, 2008

Kisah Seekor Kupu-kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Posted in Dari Junainah | Leave a Comment »

“Begitulah agama kami”

Posted by kruktc on July 31, 2008

Semasa berada dalam khemahnya, Sultan Salahuddin Al-Ayubi terdengar suara wanita tua yang sedang menangis lalu memerintahkan agar wanita itu dibawa mengadapnya.
“Kenapakah ibu menangis? Apakah musibah yang menimp diri ibu?” tanya beliau.
“Wahai sultan, hidupku kini sebatang kara, sedangkan aku sudah tua. Anak lelakiku telah hilang dalam peperangan dengan tenteramu. Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup atau telah mati. Sementara suamiku pula telah menjadi tawanan tuan, padahal dialah yang menyara nafkah hidupku,” kata nenek itu.
Sultan Salahuddin memerintahkan supaya dibebaskan suami wanita tersebut dan dicari anaknya. Rupa-rupanya anak lelakinya masih hidup lalu dibawa kedu-duanya menemui wanita itu.
Kerana terlalu gembira dan terharu, wanita tua itu mengucapkan terima kasih atas kemuliaan budi Sultan Salahuddin.
“Wahai ibu, begitulah ajaran agama kami,” jawab Sultan Salahuddin.
Ibu itu bertanya, “Ceritakanlah kepada kami apa itu Islam?”
Setelah diceritakan tentang agama Islam, akhirnya kedua-dua suami isteri itu mengucapkan syahadah.

(Petikan dari Majalah Anis)

****************************************************************************
Jika anda mendapat pertanyaan seperti yang diajukan kepada Sultan Salahuddin. Apakah yang akan anda ceritakan kepada mereka untuk membuatkan mereka tertarik dengan Islam?

Posted in Dari Junainah | 1 Comment »

Harapanku pada warga Kelab Remaja Ukhuwah

Posted by kruktc on July 5, 2008

Assalamualaikum…

Apa Khabar adik2 semua…

semoga cuti ini dimanfaatkan semua dengan membantu keluarga masing2 dikampung…

apa khabar Iman??

tepuk dada tanya selera masing2…

“harapanku padamu subur kembali” nyanyian Brothers diharap memberi sedikit suntikan semangat pada adik2…

untuk terus berjuang dimedan ilmu untuk semester ini…

selamat datang sesi 2008/2009…

teruskan perjuangan 🙂

Posted in Dari Junainah | 6 Comments »