Kelab Remaja Ukhuwah Kolej Tuanku Canselor

Bersama Memperkasa Mahasiswa

Posted by kruktc on July 12, 2009

Photobucket

Posted in Uncategorized | 5 Comments »

X Factor KRU

Posted by kruktc on July 12, 2009

penerangan:
x factor merupakan program kerjasama Kelab remaja Ukhuwah KTC, Surau K9, Kerohanian K10 dan PMI UTM
program berlangsung disekitar S01 KTC dan Balai Cerapan UTM

Posted in Program KRU | Leave a Comment »

Solat dan Warna : Rahsia solat pada awal waktu

Posted by kruktc on July 9, 2009

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Saya rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan system penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktuIsyak, alam berubah ke warnaIndigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas
sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam. Artikel ini saya ambil daripada email forward. Apa sekalipun, Allah mengetahui segala-galanya kerana Dia yang menciptakan alam ini dan segala isinya. Cuma tinggal kita saja samada nak berfikir atau pun tidak. Wallahu’alam.

sumber:

Posted in tazkirah | Leave a Comment »

SIAPA ORANG ISLAM YANG KEJAM?

Posted by kruktc on June 14, 2009

AMALKAN ISLAM SEPENUHNYA SEBAGAI CARA HIDUP

Sufyan Atsauri berkata:”Sepuluh macam daripada kekejaman
ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak
mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya
tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang
dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak
memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,
tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing
tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya
lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

“ISLAM IS THE WAY OF LIFE”

**adakah kita orang Islam yang Kejam?

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

KAIN KAFAN BURUK

Posted by kruktc on June 2, 2009

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,” jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. “Kenapa begitu bang?” tanya isterinya.”Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku.”

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
“Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah, mari rapat
kepadaku” isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.” Isterinya
masih ragu-ragu.

“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?” tanyanya lagi.

“Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang….”

“Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim” isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu….. Ambik le
iktibar

drpd : runner KL

Posted in Muhasabah | 1 Comment »

“Bermula dari diri kita..”

Posted by kruktc on May 7, 2009

Setelah beberapa lama pena maya ana tidak mencoret sesuatu, tika ini diri ni suka untuk berkongsi sedikit pengalaman sebagai guru sekolah menengah dalam beberapa bulan ini. Suatu yang menyedihkan, fenomena kejahiliyyahan yang melanda remaja Islam begitu merisaukan hati ini. Lantaran rasa tanggungjawab sebagai muslim, walaupun bukan sebagai guru agama, perkara yang saban hari ana persoalkan pada setiap murid muslim tika masuk ke kelas.
“ Kamu solat cukup x 5 waktu setiap hari?” soalku. “Tak,cikgu”, Jawab seorang murid muslim tanpa segan silu. “kamu?”, soal ana pada pelajar yang lain. “Confirm tidak”, jawabnya.. Ana ajukan lagi persoalan tersebut kepada pelajar-pelajar lain, akhirnya jawapannya adalah, “tidak, tidak, tidak dan tidak”. Mendengar jawapan “ cukup cikgu” adalah satu kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga bagi diri ini.
“ Kamu tau x solat ni wajib x?” , Solat apa yang kamu selalu tinggal? Soal ana. “saya solat maghrib je cikgu sebab sembahyang kat masjid”, Jawab seorang pelajar. “ saya selalu tinggal subuh sebab bangun lambat cikgu”, jawab pelajar lain. Saya dah lama x solat cikgu, saya muda lagi la cikgu, saya pun xtau bila saya nak bertaubat” Terang seorang pelajar lelaki. “ Cikgu!” Panggil seorang pelajar perempuan. “ Cikgu, kalau kita warna rambut solat x diterima kan cikgu? Saya baru tahu warnakan rambut tu haram cikgu. Jadi saya x solat la cikgu sebab apa guna solat kalau x diterima. Ramai budak perempuan sekolah ni yang warnakan rambut cikgu”, cerita seoarang pelajar perempuan sambil membuka sedikit belakang tudungnya menunjukkan rambutnya yang berwarna merah.
Budaya bertepuk tampar, berpegang sana sini dan couple antara pelajar lelaki dan perempuan bagai perkara biasa berlaku di depan mata. Setiap hari untuk mendepani anak bangsa dan seagama terasa bagai satu amanah yang amat-amat besar pada diri ini. Dalam 9 kelas yang ana ajar boleh dibilang dengan jari yang mengatakan mereka cukup solat 5 waktu setiap hari. Sehinggakan perkara asas dalam Islam seperti tidak boleh bercouple, tidak boleh warnakan rambut, tidak boleh berpegang sana sini antara bukan mahram bagai baru pertama kali didengari oleh mereka.
Namun bila semakin lama mendekati pelajar-pelajar ini, nyata menunjukkan mereka dahagakan bimbingan agama lantaran minat bereka untuk bertanya pelbagai soalan berkenaan hal-hal agama terutamanya mengenai hal hukum-hakam agama kepada ana. Berikutan itu ana sering menceritakan kisah-kisah teladan, kepentingan beramal cara hidup muslim dan sebagainya. Sehingga sampai suatu ketika mereka meminta-minta untuk ana menceritakan tentang hal agama dan memberi pengisian sesuatu kepada ana.
Sahabat-sahabat..Suatu perkara yang ana ingin tekankan di sini, adalah dalam suasana kebejatan akhlak dan sosial umat Islam pada masa kini kita perlu bertindak. Kita harus mendekati mereka dengan pelbagai kreativiti, ruang dan peluang yang kita ada. Jangan terus mengkum mereka dan kemudian menjauhi mereka. Sebenarnya ramai yang mahu bimbingan dari kita. Segalanya bergantung kepada kita untuk memulakannya.Wallahua’lam.

Ya ALLAH, beri kekuatan kepada diri kami untuk menegakkan Islam dalam diri dan di sekeliling kami. Ameen.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

surat dari sameeh

Posted by kruktc on March 17, 2009

 

                                                                  gmbr14

 Kesengsaraan yang berlansung lebih 60 tahun masih lagi membelit diri kami. Apa yang  dirasai datuk, nenek dan ibu bapa dahulu telah juga dideritai kami. Jika dahulu ibu bapa kehilangan tanah pusaka dan dipaksa bergelandangan di tanah air sendiri, kami menerima habuan yang sama, hidup merempat serta dibayangi kejahatan syaitan Yahudi. Di mana anak kunci yang boleh membuka pintu keamanan kami? Hingga kini, ia masih belum kembali ke tangan kami.

            Kami telah mengalami siri peperangan yang panjang bersama  Zionis Israel. Kalian fikirlah, Palestin adalah bumi kami, tepat kami dilahirkan, dibesarkan dan akan mati di sini. Namun, kaum Yahudi masuk dengan kebenaran yang terkutuk pihak British. Mereka bongkak dan menghalau kami. Lebih satu juta rakyat kami dipaksa memberikan tanah mereka secara rela kemudian berpindah ke khemah-khemah pelarian. Daripada hidup seperti orang lain, mempunyai rumah atas tanah sendiri, bergembira dan tenang bersama keluarga, belajar dan bermain dengan ceria, tiba-tiba nikmat itu disentap oleh syaitan yang Zionis. Apakah kaum Yahudi mahu membalas dendam setelah dahulu mereks diseksa dan dizalimi dunia? Tetapi mengapa sasaran dendamnya adalah kami? Kami tidak pernah bermusuh dengan mana-mana agama  di dunia apatah lagi agama langit yang diturunkan oleh Tuhan Yang Satu.

            Agaknya kerana penderitan kami yang terlalu panjang dan tidak pernah selesai, masyarakat dunia menjadi lali dan meminggirkannya. Walupun begitu, kami bersyukur kerana masih ada insan-insan mulia yang tidak kami kenali serta jauh dari pandangan kami menghulurkan doa dan bantuan.  Mereka itu adalah kalian. Terbaru, serangan Israel ke atas Gaza telah membuka ruas hikmahkepada semua. Walupun kami telah kehilangan lebih 1300 nyawa umat Palestin, beribu-ribu yang lain cedera serta kemusnahan fizikal yang dahsyat tetapi dunia dapat melihat dengan jelas wajah sebenar Israel.

                                                                       gmbr31

 

                                   

            Zionis Israel mempunyai cita-cita syaitan. Mereka memadamkaan catatan agama dalam kehidupan. Tiada Yahudi, tiada Kristian apatah lagi Islam. Mereka memperjuangkan agama ‘matlamat menghalalkan cara’. Impian mereka  adalah menubuhkan sebuah negara Israel Raya melewati seluruh Palestin, Iraq dan Iran. Mereka mahu, Negara itu  menjadi kiblat dunia. Maka, sesipa yang menghalangi matlamat ini akan dihapuskan. Kami generasi muda tidak akan membiarkan ketamakan Israel, kami akan berjuang dan berperang dengan mereka. Biarlah kami mati dan tidak sempat mengecap nikmat sementara  dunia. Kami lebih memillih syurga Allah dan duduk di sisi Rasulullah SAW. Sehingga kini, lebih 500 orang remaja dan kanak- kanak telah syahid mendahului kami.

            Dunia terus mengutuk Israel dan sekutunya. Dunia mulai memboikot barangan Israel. Ramai pemimpin Islam bersuara simpati terhadap Palestin dan Hamas. Isreal kini dalam tekanan. Biarpun begitu, mereka masih meneruskan kejahatan memusuhi kami, masyarakat yang dinafikan hak asasinya. Apalagi  yang dimahukan rejim Zionis setelah rumah, masjid, sekolah, universiti dan Bandar kami dimusnahkan? Ibu bapa kami dihalang mencari rezeki, bahkan, air untuk kegunaan harian juga disekat pihak Israel.

            Kini, kami nekad meneruskan perjuangan walaupun cagarannya adalah nyawa. Kami tahu saudara-saudara kami di seluruh dunia berkongsi  derita ini. Bantuan kalian akan dapat membantu kami.membangunkan semula rumah, masjid, sekolah, universiti dan kedai-kedai. Bantuan itu juga dapat memperbaiki keadaan hospital yang padat, menambah ubatan dan alatan pembedahan. Kami juga perlukan bahan-bahan ilmu terutamanya buku-buku dan alat-alat tulis. Dan, kami amat berterima kasih kerana kalian memikirkan kami yang selalu lapar dan kekurangan makanan yang berkhasiat.  InsyaAllah, kami tidak akan berputus asa  dan akan membangunkan semula Gaza yang musnah.

                                                        gmbr2

 

                                   

            Kami tidak dapat menetapkan tarikh bilakah kami akan berhenti daripada meraih belas ihsan kalian. Tetapi, kami selalu tahu, Allah pasti memberi  kemenangan kepada pasukan-Nya. Mungkin salah satu caranya adalah usaha dan doa kalian buat kami. Kita saudara seagama yang diibaratkan Rasulullah SAW  sebagai  satu jasad. Syukur, kalian juga merasai kesakitan dan keparahan kami disini. Mudah-mudahan pertolongan yang berterusan daripada kalian akan mempertautkan ukhuwah Islamiah kita yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

 

Dari saudaramu yang bahagia dalam derita,

                                    Sameeh, Gaza.    

 

Buat pembaca sekalian, anda boleh menyalurkan

bantuan kepada penduduk Gaza, Palestin melalui saluran

Islamic Relief Malaysia Berhad (DAKAP): Maybank 5621-4270-8704 atau

CIMB 1259-0000-8040-58

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

Posted by kruktc on January 4, 2009

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

BRANDS & LABELS TO BOYCOTT

URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

1 Januari 2009

Posted by kruktc on December 30, 2008

Salam perubahan. Mengenangkan tarikh keramat buat sesetengah pihak yang bakal menjelang ini, hati ana tertarik untuk menulis. Beberapa hari yang lepas, 29 Disember 2008, umat Islam di Malaysia menyambut 1 Muharram 1430H, bermulanya tahun baru dalam kalendar hijrah. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk mengecap nikmatNYA hingga ke saat ini. Namun, ana agak sedih kerana sambutan tahun baru Hijrah tidaklah semeriah sambutan tahun baru Masihi. Saban tahun kita perhatikan anak-anak muda berhimpun di tempat-tempat tertentu untuk bersama-sama menghitung ‘countdown’ tetapi beberapa kerat sahaja yang berkumpul di masjid untuk bersama-sama mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun serta mendengar ceramah tentang Ma’al Hijrah selepas solat maghrib berjemaah.
Malam tahun baru Masihi dijadikan sebagai satu medium untuk berpesta tanpa mengenal had. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sudah menjadi kebiasaan di kalangan anak muda di tapak pesta ambang 1 Januari ini. Malah, cukup mengecewakan apabila yang majoriti berkumpul itu adalah tenaga-tenaga mahir harapan negara. Bagaikan satu kerugian agaknya jika tidak meraikannya bersama kekasih hati. Bukan sahaja dari berpelukan dan bergandingan tangan dengan kekasih hati, malah melihat pelbagai kemungkaran lain lagi yang berada di sekeliling tapak pesta itu pun sudah cukup mengundang maksiat. Ke mana agaknya sensitiviti masyarakat kita apabila berlaku perkara-perkara seperti ini? Lelaki dan wanita Muslim yang berpegangan tangan adalah perkara biasa. Wanita Muslim yang tidak bertudung itu bukankah perkara biasa? Seorang gadis bukan Muslim yang berskirt pendek itu adalah perkara biasa. Semuanya biasa-siasa. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. – [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Walaupun dengan sedikit perasaan kurang senang apabila melihat kemungkaran di depan mata, itu sudah cukup untuk seorang Muslim biarpun selemah-lemah iman. Andai kata tiada perasaan lansung apabila kita melihat kemaksiatan itu, maka iman kita pada ketika itu tiada. Bayangkan betapa hinanya diri kita sebagai seorang Muslim yang tidak beriman. Astaghfirullah, nauzubillahi min zalik. Namun, tidak ramai yang sedar akan hakikat ini, yang mereka fikirkan hanyalah orang-orang kolot yang begitu sibuk menjaga tepi kain orang. Tiada lansung rasa benci melihat maksiat, tetapi bencinya kepada orang-orang yang menghalang kemaksiatan itu berlaku. Semoga kita dijauhkan daripada laknat ALLAH. Mungkin Awal Muharram telah berlalu, tetapi ALLAH belum menutup lagi pintu taubatNYA.


P/S: Ada tak insan-insan yang akan turun ke Danga Bay 31 Disember 2008 ini untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar? Mahasiswa pencetus perubahan.

SITI HASUNAH MOHAMMAD

3 SET

JABATAN PENERBITAN DAN INTERAKTIF

KELAB REMAJA UKHUW

http://sunahmohammad.blogspot.com/

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Posted by kruktc on December 27, 2008

ul-haq 

“mati hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah”
~Aqidah salafiah, fikrah jihadiyah~
Sent: Tuesday, December 23, 2008 9:59:08 AM
Subject: Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru  kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan ,  Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petition online.com/ pmbajns/petition .html

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »